Tuesday, August 1, 2017

MENCARI KEKUATAN

Posted by Unknown at 3:25 PM
Saat ini, aku masih tak percaya dengan apa yang berlaku dalam hidup aku. Mulanya aku diduga bila aku tak dapat bersama dengan orang yang aku sayang.. Kemudian, aku diduga bila aku dapat tahu yang aku tak boleh mengandung. How sad my life~

Sebenarnya aku tergerak nak buat check up pasal diri aku sebab period aku tak teratur selama 10 tahun. Doktor tanya aku "kenapa dah 10 tahun baru nak buat check up?''. Well, aku tak ada jawapan untuk itu. Aku dah pernah buat 2 kali check up. Actually bukan check up sebenar pun. More to get consultation from doctor. First check up, doktor just tanya problem aku, and terus bagi vitamin. Lepas tu aku pergi klinik pakar wanita untuk second check up. by the way, ini klinik lain pula aku pergi. Doktor just buat ultrasound and komen yang rahim aku still ok. Aku masih ingat lagi, keadaan rahim aku masa scan tu. Dia pun bagi aku macam pil untuk hormon kut. Aku pun tak ingat sebab benda ni dah lama dah.

Third check up, iaitu hari Selasa lepas, aku tergerak nak pergi check up. Aku terus pergi  hospital kat seksyen 13, Shah Alam. Aku beranikan diri pergi check up sebab aku nak tahu punca sebenar. Mula-mula, doktor yang check aku terkejut, kenapa dah lama sangat baru nak buat check up. Sekali lagi, aku tak tahu nak jawab. Mungkin sebab aku dah kerja, aku ada duit sikit nak pergi check up kat specialist berbanding hospital awam. Bukan nak pertikaikan hospital awam, tapi sebab aku jenis yang tak boleh sabar, so better pergi private. Doktor buat ultrasound and tengok rahim aku kecil. Aku terkejut sebab masa second check up rahim aku masih normal. Then, doktor suggest buat blood test untuk tahu masalah aku. Mungkin sebab hormon atau perkara lain. Lepas ambil blood test, aku kena datang hari Jumaat untuk second appointment. Second appointment tu, untuk ambil result blood test and further scan sebab macam first scan tak jelas sangat rahim and doktor pun tak nak jump conclusion selagi tak buat blood test. Ok, aku setuju, and datang balik hari Jumaat.

Hari Jumaat. Aku dinasihatkan untuk minum air banyak-banyak untuk buat scan. 2 kali juga la aku asyik terkencing. Mana tahan. Lagipun masa tu memang ramai sangat orang. Aku sabar tunggu, tak henti berdoa supaya tak ada benda serius. Kemudian, nama aku dipanggil. Terus masuk bilik no.10 untuk buat scan. Masa scan hati aku berdebar-debar dah tunggu komen dari doktor. Jantung aku macam nak gugur bila doktor cakap kemungkinan aku tak boleh mengandung. Masa tu juga aku menangis. Serius, memang sedih sangat-sangat. Blood test pun menunjukkan hormon aku sikit, susah nak hasilkan telur and kemungkinan besar, aku memang tak boleh mengandung lepas kahwin.

Hanya tuhan je yang tahu macam mana hancurnya hati aku lepas dapat tahu. Doktor ada bagi kata-kata nasihat, mungkin sebab dia tengok aku teruk menangis. Dia bagi aku kata-kata motivasi sebab aku belum berkahwin, macam mana kalau pasangan aku tak boleh nak terima aku seadanya. Semua benda tu aku fikir. Masa tu memang aku serabut gila. Semua whatsapp, call yang masuk aku tak layan. Aku tertekan masa tu tapi doktor kat situ baik. Dia tahu aku tak boleh nak terima kenyataan. Dia bagi aku semangat, semua ni ada hikmah dari Allah. Sekarang Allah tarik nikmat itu, tapi Allah tak kejam. Allah akan beri something yang lebih baik untuk aku.

Petang. Aku cerita semuanya kat mak aku. Aku tahu dia sedih, tapi dia suruh aku berdoa banyak-banyak. Dia nasihatkan aku jangan sedih-sedih lagi. Ada yang terbaik untuk aku nanti. Aku pergi Tanjung Harapan, duduk kat tepi laut tu. Sejam lebih aku menangis..  Bila aku dah tenang sikit, malam tu baru aku call abah aku. Hati parents mana tak risau kalau anak sendiri sedih macam ni. Semua yang abah aku cakap semua betul. Tak semestinya kehidupan  kita berakhir...hancur..musnah. Allah maha kuasa. Ada hikmah semua ini. Jalani kehidupan macam biasa. Yang penting tabahkan hati, sentiasa berdoa pada Allah, solat jangan tinggal and percaya semua qada' dan qadar. Hidup perlu diteruskan.

Sampai sekarang, aku masih belajar untuk menerima semua yg berlaku atas diri aku. Bukan mudah pada mulanya aku nak terima, tapi life must go on. Think positive, aku percaya ada hikmah semua ini. Saat ini pun aku dapat rasa aku ada satu kekuatan untuk teruskan kehidupan. Aku jadi lebih berani, aku tak kisah dah pandangan orang lain pasal diri aku. Happykan diri dengan perkara-perkara yang positive. Aku percaya Allah itu maha kuasa, maha penyayang. Dia takkan tinggalkan hambaNya keseorangan..kesedihan. Kepada yang senasib dengan aku, jangan bersedih lagi. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita dan sentiasa bersangka baik pada Nya. InsyaAllah..

Credit: alwanizolkifli@cikgaram


0 comments:

Post a Comment

 

tHe PAtH Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea