Sunday, March 8, 2015

EMPTY TITLE #2

Posted by Unknown at 6:11 PM 0 comments
hahaha.. sekali lagi aku tak tau nak letak tajuk apa.. So anggap la ni yang edisi ke-2 aku tak letak tajuk entry.. Selalunya lah kan, orang yang nak menulis ke mengarang ke mesti ada idea kan..kan..kan.. Lagi2 bila ada macam suasana yang mendamaikan..konon2 tengah ada kat tepi pantai ke.. Tapi lain pula dengan aku..masa aku tangah menaip ni, cuaca panas terik..berpeluh2 dahi padahal kipas depan muka ni..heheehe (boleh pula mood macam ni datang)

okey2..sebenarnya aku tengah pening nak cari kerja. Lepas habis konvo, aku terus kerja dengan Volvo Malaysia, tapi sebagai contract worker. Sepatutnya 6 bulan je contract aku, tapi manager extend lagi sebulan sebab kebetulan masa tu dah hujung tahun. So, memang banyak kerja la nak settle lagi2 nak closing for end of the year. Start bulan 1 aku dah menganggur balik. Sampai sekarang aku still mencari kerja.. Memang banyak dah interview aku pergi, tapi mungkin belum ada rezeki aku lagi buat masa ini.. Tak apalah, aku tak kisah..sebab aku fikir mungkin akan ada better offer untuk aku.. Rezeki Allah kita tak tahu kan..

Bila duk pening nak cari kerja, satu lagi masalah aku sebab tahun ni berderet-deret la member2 aku nak kahwin.. Biasalah umur 25 macam kami ni memang waktu berumah tangga. Pening ooi sebab nak beli hadiah (masa aku menganggur la korang kahwin kan..masa aku kerja tak nak kahwin.. pening nak beli hadiah tau tak..hehehe) Lagi satu yang buat aku pening sebab kenduri berderet2 tiap minggu..Kalau lah badan ni boleh belah 2, dah lama aku belah pergi semua kenduri..huhuhu
Siapa tak nak pergi kenduri member2 kan? Lagi2 dapat jumpa kawan lama..Memang meriah sangat, sampai lenguh mulut ni kalau dah borak2. Macam2 cerita dikongsi sampaikan hal jodoh aku mesti cerita juga.. Haihh, sabar ye kawan2..mungkin tahun ni aku tak dapat nak masuk 'batch kawin 2015'  sebab sekarang ni pun aku masih dalam proses mencari cinta..cewah! Harapan mestilah ada..Siapa tak nak kahwin kan..semua tu impian semua orang, tapi itu semua jodoh.. Sampai masanya bila Allah dah tetapkan jodoh kita, maka kahwinlah kamu..haaa


**proses pemulihan & pencarian cinta.. (sampai bilo la tu..aiyooo)

Wednesday, February 18, 2015

EMPTY TITLE #1

Posted by Unknown at 11:52 PM 0 comments
Masa aku tengah taip entry baru aku ni, aku still tak letak lagi tajuk entry aku.. Terus pening kepala aku sebab nak memikirkan tajuk entry yang sesuai..haha, padahal aku nak membebel sorang2 je kat sini..Konon nak bagi tajuk gempak, last2 aku asyik tekan <- backspace je..hehe
Beria nak taip ni tapi spek aku tah mana hilang..Aku ni jenis malas pakai spek, cepat rimas..tapi tak sedar2 diri sendiri tu rabun..eee, rimas.. Tahan je la kejap mata ni sebab mood nak taip tengah membuak-buak..cewah! (padahal selama ni memamg pemalas).. 

Apa yang membuatkan aku ni teringin nak update entry baru sebab tiba2 aku teringat ada satu drama tu..Aku tak nak mention cerita apa..siapa pelakonnya..or whateverrrrr...tapi aku teringat ada satu quote yang aku rasa memang kena dengan aku n mungkin juga dengan orang lain..Aku translate BM bagi faham (ni ikut pemahaman aku ye)...hehe


"Kehidupan kita ni macam bateri jam. Jam sentiasa bergerak dan takkan berputar kembali. Kalau mahu terus bergerak kehadapan, bateri jam harus ditukar. Bila bateri habis tanpa ditukar, ibarat kita masih lagi berada di situ sedangkan orang lain sudah jauh bergerak meninggalkan kita"


Haa..lebih kurang macam tu la maksudnya..Ini ikut apa yang aku faham melalui drama tu..Kalau nak diikutkan memang logic pun maksudnya..Kita still lagi stuck kat satu tempat sedangkan orang lain dah jauh kehadapan..Kita mahu berada kat tempat tu sedangkan kita tahu sudah sampai masanya kita "tukar bateri" dalam erti kata lain MOVE ON. "Bateri" kena cepat tukar sebab kalau dibiarkan lama-lama boleh 'berkarat'.. adussss.. maksud tersirat dia mendalam betuuiii.. hmm.. Aku memang jenis yang akan stuck untuk jangka masa yang lama..Aku tak boleh kalau ada perkara yang ada kaitan dengan kisah silam dulu..Nanti mula la hilang semangat "move on" tu.. Sedangkan orang sekeliling aku terus maju ke depan, tapi aku still lagi kat situ, lepas tu duk teringat kenangan lalu.. Payah sebenarnya nak jaga hati sendiri dari jaga hati orang lain..Kalau dah rabak tu memang susah nak betulkan balik.. =.=


**ada banyak jenis bateri, tapi aku nak bateri yang boleh cas semula..Boleh pakai lagi, tak payah nak buang kan kan kan..huhu

Tuesday, February 3, 2015

BAHAGIA PADA KITA?

Posted by Unknown at 12:24 AM 0 comments
terdetik hati sebenarnya nak buka blog yang lama ditinggalkan ni.. lebih setahun rupanya aku tak update entry.. tak tahu pun nak update apa sebenarnya.. kalau ada mood nak update, barulah aku jenguk blog aku yang dah usang ni.. huhu

dah berlalu pun tahun 2014, macam-macam perkara dah berlaku untuk tahun itu.. pahit, manis, suka, duka... semua aku rasa.. berakhirnya pengajian aku di UiTM Shah Alam pada awal tahun 2014 setelah berhempas pulas nak habiskan pengajian yang pada aku memang perit ( pecah pale otak ooii siapkan fyp..huhu ) lepas tu dengan konvokesyen aku ( kenangan manis pada masa tu, tapi menjadi kenangan pahit untuk selama-lamanya.. kalau boleh tak nak ingat, n pastu nak konvo balik sebab nak cipta kenangan baru..macam boleh je..hakhakhak ) lepas konvo aku diterima bekerja 2 hari lepas konvo (rezeki aku masa tu) n penghujung 2014 lebih banyak kenangan pahit dari manis.. lebih banyak derita dari gembira.. lebih banyak lara dari suka.. hmm =(

aku ni jenis memerhati, aku suka observe n then aku wat penilaian based on apa yang aku nampak.. mostly aku suka perhatikan orang.. bila aku dah banyak tahu pasal orang tu baru aku buat penilaian sendiri.. tapi tak bermakna aku judge orang tu jahat atau baik.. just untuk pendapat aku sendiri je.. aku pernah tanya mak aku, bila aku boleh capai kebahagiaan yang aku nak..?? mak aku hanya pesan satu je.. DOA.. jangan putus asa minta pada Allah, Allah dengar apa yang kita rasa, apa yang kita mahu.. even aku menangis, meraung depan mak aku sebab ketidakadilan kisah hidup aku..mak tetap cakap kat aku yang kita kena DOA.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

bahagia pada orang lain mungkin dapat bersama dengan orang tersayang.. bahagia dapat anak yang soleh dan solehah, bahagia dapat mencapai kejayaaan dalam hidup.. cuma definisi bahagia tu pelbagai.. walau dalam bentuk kecil sekali pun, seseorang tu dah bahagia.. setiap hari aku menginginkan kebahagian yang aku nak.. kebahagian bagi aku bila hati ni rasa tenang, mudah memaafkan n nak didik hati aku ni supaya cepat redha dengan ketentuan.. jujur aku cakap, aku cemburu tengok orang sekeliling aku bahagia sedangkan aku masih lagi mencari-cari kebahagian yang dijanjikan dari Allah kepada aku.. aku bersyukur dengan apa yang ada walaupun apa yang aku nak belum lagi tercapai.. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku.. apa yang perlu untuk aku.. aku cepat rasa bahagia walaupun aku mampu buat budak kecil senyum dengan aku.. tapi aku masih belum dapat mencari kebahagian yang aku inginkan..bahagiakah aku selama ini??

**semoga hati yang dah hancur berkecai ini bercantum semula.. 
 

tHe PAtH Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea