Thursday, August 3, 2017

CHENGAL HILL RETREAT RESORT, JANDA BAIK - #ESCAPEMOOD

Posted by Unknown at 6:04 PM
03082017 - Khamis

Hujung bulan 7, aku decide untuk pergi bercuti. Bila macam-macam terjadi dalam hidup kau, mesti rasa nak lari somewhere yang kau rasa tenang kan? Plan nak pergi seorang je sebab aku fikir nak tenangkan fikiran. Lastly, aku pergi berdua dengan kawan aku sebab aku rasa lagi selamat kalau ada peneman.

Aku decide nak pergi kat tempat yang tak jauh dengan Shah Alam. Lepas puas cari mana yang sesuai, aku buat keputusan nak pergi Chengal Hill Retreat kat Janda Baik, Pahang. Lagipun kedudukan Janda Baik tak jauh sangat pun dengan Shah Alam, nak drive pun tak penat sangat. Aku tahu pasal tempat ni pun sebab abang aku pernah tag aku kat facebook pasal tempat ni. Konon-konon nak buat family day la kat sini tapi plan tu sampai ke hari ini tak menjadi. Hahaha..

Firstly, kawan aku nego dengan owner tempat ni. Kami decide nak bercuti ala camping. kalau nak diikutkan banyak je pilihan penginapan macam Villa, Dorm, Water Chalet, Apache dengan Glamping. Well, sebab nak rasa camping, kami ambil pakej paling murah, RM80 untuk satu khemah. Muat untuk 2 orang. Save bajet sikit, hehehe... Kami pun buatlah persiapan untuk pergi. Basically, kita orang prepare sleeping matt, bantal,torchlight (just in case gelap) and barang basic camping. Memandangkan tempat ni agak sukar sikit nak cari kedai makan, kami bawa air, roti, tuna, megi , periuk kecil dengan portable stove untuk masak. Tema camping kan...

Kami gerak hari Sabtu. Perjalanan dari Shah Alam ke Janda Baik ambil masa dalam 1 jam lebih. Sampai sana dalam pukul 11 lebih. Sepatutnya check-in tempat tu pukul 2, saje je kami datang awal sebab nak familiar dengan tempat tu. Banyak kali juga la sesat (walaupun masa tu pakai waze) . Bila dah masuk kawasan Janda Baik tu memang kau akan nampak banyak gila singboard resort dengan homestay sampaikan kami pening nak baca semua. So, tak perlu risau kalau tak sempat google nak stay kat mana if korang tiba-tiba sesat ke Janda Baik. Hahaha..

Ok, bila dah sampai Chengal Hill Retreat resort tu, kita orang disambut oleh seorang kakak (pekerja resort). Dialah yang pasangkan khemah kami. Masa tu kami belum lagi nak check-in sebab fikir nak keluar lunch dulu. Kita orang nak sesuaikan dulu tempat tu macam mana. Kat sini ada satu hall. Ada tv siap astro lagi. Semua channel ada. Lepas tu kat hall tu, ada disediakan peti ais, water heater, siap ada vending maching lagi tau, so tak perlu risau. Konsep hall ini open, so siapa-siapa yang camping atau tinggal kat Glamping & Apache boleh solat kat hall ni sebab area surau still under construction. Kat bawah ni kawasan area resort yang kami explore.


Kolam dalam resort. Punca dari air sungai.
Jangan risau, boleh mandi. Siap ada pelampung lagi.

Air sungai mengalir sampai ke kawasan Water Chalet

Ini kawasan Villa. Berada di luar resort. Kedudukan memang tepi sungai.
Sesuai untuk pasangan yang nak honeymoon. Hehe 


Ada nampak tali tak kat situ? Boleh main flying fox kat situ.
Rendah je..sesuai untuk semua orang main.

Inilah Apache. Unik kan? Boleh muat untuk 2 orang

Inilah khemah kami

Khemah kami sepatutnya depan Apache, tapi kami alihkan letak kat depan kolam..Hahaha

Hari Ahad tu dapat nasi lemak free tau. Beruntung kami :)

Antara kawasan yang sempat kami tengok

Ehhh?? saje layan perasaan 😜


Overall, memang puas hati kalau nak bercuti kat sini. Rasa privacy sikit sebab tak ramai. Boleh mandi puas-puas kat sini. Ada beberapa perkara yang aku nak highlight kat sini. Mungkin sangat berguna untuk orang lain yang mahu datang ke sini.


HIGHLIGHT ABOUT CHENGAL HILL RETREAT:

πŸ‘‰ Kedudukan resort paling hujung sekali dalam google map.
πŸ‘‰ Ada je kedai makan & kedai runcit kat area situ tapi tak sure waktu malam buka ke tak. Better beli makanan siap-siap kalau malam tu malas nak keluar. Resort memang tak sediakan makanan ye.
πŸ‘‰ Ada disediakan bbq. Just bayar untuk tempat bakar. Bahan bbq, bawa sendiri. Jangan risau, ada peti ais kat hall. Boleh simpan dulu bahan perapan sebelum bakar.
πŸ‘‰Kat kawasan kampung ada disediakan aktiviti jungle trekking, berbasikal & ATV. Pihak resort boleh tolong arrange kan, tapi aktiviti bukan dikelolakan oleh mereka tapi penduduk sekitar situ.
πŸ‘‰Tandas kat resort ni aku rasa kena perbaiki lagi kut sebab tempat mandi memang berbumbungkan langit dan bintang πŸ˜… (tak ada atap okeh). Lepas tu pintu bilik mandi separuh (aku tak tahu nak explain macam mana separuh tu). So, nak selamat dari mangsa skodeng, better mandi kat dalam toilet. Huhuhu. So far toilet je kurang memuaskan sikit, yang lain semua okey bagi aku.


Lepas ni kalau datang lagi ke Janda Baik, mungkin aku akan datang lagi kat sini. Memang puas hati kalau siapa-siapa yang nak cari ketenangan. Sampai sekarang aku asyik teringat kolam tu sebab banyak kali kut aku main flying fox sampai sakit satu badan. Hahahaha.. For those yang tercari-cari tempat yang sesuai untuk bercuti kat Janda Baik, aku recommend pergi sini 😊😊😊 

0 comments:

Post a Comment

 

tHe PAtH Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea