Wednesday, February 18, 2015

EMPTY TITLE #1

Posted by Unknown at 11:52 PM
Masa aku tengah taip entry baru aku ni, aku still tak letak lagi tajuk entry aku.. Terus pening kepala aku sebab nak memikirkan tajuk entry yang sesuai..haha, padahal aku nak membebel sorang2 je kat sini..Konon nak bagi tajuk gempak, last2 aku asyik tekan <- backspace je..hehe
Beria nak taip ni tapi spek aku tah mana hilang..Aku ni jenis malas pakai spek, cepat rimas..tapi tak sedar2 diri sendiri tu rabun..eee, rimas.. Tahan je la kejap mata ni sebab mood nak taip tengah membuak-buak..cewah! (padahal selama ni memamg pemalas).. 

Apa yang membuatkan aku ni teringin nak update entry baru sebab tiba2 aku teringat ada satu drama tu..Aku tak nak mention cerita apa..siapa pelakonnya..or whateverrrrr...tapi aku teringat ada satu quote yang aku rasa memang kena dengan aku n mungkin juga dengan orang lain..Aku translate BM bagi faham (ni ikut pemahaman aku ye)...hehe


"Kehidupan kita ni macam bateri jam. Jam sentiasa bergerak dan takkan berputar kembali. Kalau mahu terus bergerak kehadapan, bateri jam harus ditukar. Bila bateri habis tanpa ditukar, ibarat kita masih lagi berada di situ sedangkan orang lain sudah jauh bergerak meninggalkan kita"


Haa..lebih kurang macam tu la maksudnya..Ini ikut apa yang aku faham melalui drama tu..Kalau nak diikutkan memang logic pun maksudnya..Kita still lagi stuck kat satu tempat sedangkan orang lain dah jauh kehadapan..Kita mahu berada kat tempat tu sedangkan kita tahu sudah sampai masanya kita "tukar bateri" dalam erti kata lain MOVE ON. "Bateri" kena cepat tukar sebab kalau dibiarkan lama-lama boleh 'berkarat'.. adussss.. maksud tersirat dia mendalam betuuiii.. hmm.. Aku memang jenis yang akan stuck untuk jangka masa yang lama..Aku tak boleh kalau ada perkara yang ada kaitan dengan kisah silam dulu..Nanti mula la hilang semangat "move on" tu.. Sedangkan orang sekeliling aku terus maju ke depan, tapi aku still lagi kat situ, lepas tu duk teringat kenangan lalu.. Payah sebenarnya nak jaga hati sendiri dari jaga hati orang lain..Kalau dah rabak tu memang susah nak betulkan balik.. =.=


**ada banyak jenis bateri, tapi aku nak bateri yang boleh cas semula..Boleh pakai lagi, tak payah nak buang kan kan kan..huhu

0 comments:

Post a Comment

 

tHe PAtH Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea