Tuesday, February 3, 2015

BAHAGIA PADA KITA?

Posted by Unknown at 12:24 AM
terdetik hati sebenarnya nak buka blog yang lama ditinggalkan ni.. lebih setahun rupanya aku tak update entry.. tak tahu pun nak update apa sebenarnya.. kalau ada mood nak update, barulah aku jenguk blog aku yang dah usang ni.. huhu

dah berlalu pun tahun 2014, macam-macam perkara dah berlaku untuk tahun itu.. pahit, manis, suka, duka... semua aku rasa.. berakhirnya pengajian aku di UiTM Shah Alam pada awal tahun 2014 setelah berhempas pulas nak habiskan pengajian yang pada aku memang perit ( pecah pale otak ooii siapkan fyp..huhu ) lepas tu dengan konvokesyen aku ( kenangan manis pada masa tu, tapi menjadi kenangan pahit untuk selama-lamanya.. kalau boleh tak nak ingat, n pastu nak konvo balik sebab nak cipta kenangan baru..macam boleh je..hakhakhak ) lepas konvo aku diterima bekerja 2 hari lepas konvo (rezeki aku masa tu) n penghujung 2014 lebih banyak kenangan pahit dari manis.. lebih banyak derita dari gembira.. lebih banyak lara dari suka.. hmm =(

aku ni jenis memerhati, aku suka observe n then aku wat penilaian based on apa yang aku nampak.. mostly aku suka perhatikan orang.. bila aku dah banyak tahu pasal orang tu baru aku buat penilaian sendiri.. tapi tak bermakna aku judge orang tu jahat atau baik.. just untuk pendapat aku sendiri je.. aku pernah tanya mak aku, bila aku boleh capai kebahagiaan yang aku nak..?? mak aku hanya pesan satu je.. DOA.. jangan putus asa minta pada Allah, Allah dengar apa yang kita rasa, apa yang kita mahu.. even aku menangis, meraung depan mak aku sebab ketidakadilan kisah hidup aku..mak tetap cakap kat aku yang kita kena DOA.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

bahagia pada orang lain mungkin dapat bersama dengan orang tersayang.. bahagia dapat anak yang soleh dan solehah, bahagia dapat mencapai kejayaaan dalam hidup.. cuma definisi bahagia tu pelbagai.. walau dalam bentuk kecil sekali pun, seseorang tu dah bahagia.. setiap hari aku menginginkan kebahagian yang aku nak.. kebahagian bagi aku bila hati ni rasa tenang, mudah memaafkan n nak didik hati aku ni supaya cepat redha dengan ketentuan.. jujur aku cakap, aku cemburu tengok orang sekeliling aku bahagia sedangkan aku masih lagi mencari-cari kebahagian yang dijanjikan dari Allah kepada aku.. aku bersyukur dengan apa yang ada walaupun apa yang aku nak belum lagi tercapai.. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku.. apa yang perlu untuk aku.. aku cepat rasa bahagia walaupun aku mampu buat budak kecil senyum dengan aku.. tapi aku masih belum dapat mencari kebahagian yang aku inginkan..bahagiakah aku selama ini??

**semoga hati yang dah hancur berkecai ini bercantum semula.. 

0 comments:

Post a Comment

 

tHe PAtH Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea