Thursday, August 3, 2017

CHENGAL HILL RETREAT RESORT, JANDA BAIK - #ESCAPEMOOD

Posted by Unknown at 6:04 PM 0 comments
03082017 - Khamis

Hujung bulan 7, aku decide untuk pergi bercuti. Bila macam-macam terjadi dalam hidup kau, mesti rasa nak lari somewhere yang kau rasa tenang kan? Plan nak pergi seorang je sebab aku fikir nak tenangkan fikiran. Lastly, aku pergi berdua dengan kawan aku sebab aku rasa lagi selamat kalau ada peneman.

Aku decide nak pergi kat tempat yang tak jauh dengan Shah Alam. Lepas puas cari mana yang sesuai, aku buat keputusan nak pergi Chengal Hill Retreat kat Janda Baik, Pahang. Lagipun kedudukan Janda Baik tak jauh sangat pun dengan Shah Alam, nak drive pun tak penat sangat. Aku tahu pasal tempat ni pun sebab abang aku pernah tag aku kat facebook pasal tempat ni. Konon-konon nak buat family day la kat sini tapi plan tu sampai ke hari ini tak menjadi. Hahaha..

Firstly, kawan aku nego dengan owner tempat ni. Kami decide nak bercuti ala camping. kalau nak diikutkan banyak je pilihan penginapan macam Villa, Dorm, Water Chalet, Apache dengan Glamping. Well, sebab nak rasa camping, kami ambil pakej paling murah, RM80 untuk satu khemah. Muat untuk 2 orang. Save bajet sikit, hehehe... Kami pun buatlah persiapan untuk pergi. Basically, kita orang prepare sleeping matt, bantal,torchlight (just in case gelap) and barang basic camping. Memandangkan tempat ni agak sukar sikit nak cari kedai makan, kami bawa air, roti, tuna, megi , periuk kecil dengan portable stove untuk masak. Tema camping kan...

Kami gerak hari Sabtu. Perjalanan dari Shah Alam ke Janda Baik ambil masa dalam 1 jam lebih. Sampai sana dalam pukul 11 lebih. Sepatutnya check-in tempat tu pukul 2, saje je kami datang awal sebab nak familiar dengan tempat tu. Banyak kali juga la sesat (walaupun masa tu pakai waze) . Bila dah masuk kawasan Janda Baik tu memang kau akan nampak banyak gila singboard resort dengan homestay sampaikan kami pening nak baca semua. So, tak perlu risau kalau tak sempat google nak stay kat mana if korang tiba-tiba sesat ke Janda Baik. Hahaha..

Ok, bila dah sampai Chengal Hill Retreat resort tu, kita orang disambut oleh seorang kakak (pekerja resort). Dialah yang pasangkan khemah kami. Masa tu kami belum lagi nak check-in sebab fikir nak keluar lunch dulu. Kita orang nak sesuaikan dulu tempat tu macam mana. Kat sini ada satu hall. Ada tv siap astro lagi. Semua channel ada. Lepas tu kat hall tu, ada disediakan peti ais, water heater, siap ada vending maching lagi tau, so tak perlu risau. Konsep hall ini open, so siapa-siapa yang camping atau tinggal kat Glamping & Apache boleh solat kat hall ni sebab area surau still under construction. Kat bawah ni kawasan area resort yang kami explore.


Kolam dalam resort. Punca dari air sungai.
Jangan risau, boleh mandi. Siap ada pelampung lagi.

Air sungai mengalir sampai ke kawasan Water Chalet

Ini kawasan Villa. Berada di luar resort. Kedudukan memang tepi sungai.
Sesuai untuk pasangan yang nak honeymoon. Hehe 


Ada nampak tali tak kat situ? Boleh main flying fox kat situ.
Rendah je..sesuai untuk semua orang main.

Inilah Apache. Unik kan? Boleh muat untuk 2 orang

Inilah khemah kami

Khemah kami sepatutnya depan Apache, tapi kami alihkan letak kat depan kolam..Hahaha

Hari Ahad tu dapat nasi lemak free tau. Beruntung kami :)

Antara kawasan yang sempat kami tengok

Ehhh?? saje layan perasaan 😜


Overall, memang puas hati kalau nak bercuti kat sini. Rasa privacy sikit sebab tak ramai. Boleh mandi puas-puas kat sini. Ada beberapa perkara yang aku nak highlight kat sini. Mungkin sangat berguna untuk orang lain yang mahu datang ke sini.


HIGHLIGHT ABOUT CHENGAL HILL RETREAT:

πŸ‘‰ Kedudukan resort paling hujung sekali dalam google map.
πŸ‘‰ Ada je kedai makan & kedai runcit kat area situ tapi tak sure waktu malam buka ke tak. Better beli makanan siap-siap kalau malam tu malas nak keluar. Resort memang tak sediakan makanan ye.
πŸ‘‰ Ada disediakan bbq. Just bayar untuk tempat bakar. Bahan bbq, bawa sendiri. Jangan risau, ada peti ais kat hall. Boleh simpan dulu bahan perapan sebelum bakar.
πŸ‘‰Kat kawasan kampung ada disediakan aktiviti jungle trekking, berbasikal & ATV. Pihak resort boleh tolong arrange kan, tapi aktiviti bukan dikelolakan oleh mereka tapi penduduk sekitar situ.
πŸ‘‰Tandas kat resort ni aku rasa kena perbaiki lagi kut sebab tempat mandi memang berbumbungkan langit dan bintang πŸ˜… (tak ada atap okeh). Lepas tu pintu bilik mandi separuh (aku tak tahu nak explain macam mana separuh tu). So, nak selamat dari mangsa skodeng, better mandi kat dalam toilet. Huhuhu. So far toilet je kurang memuaskan sikit, yang lain semua okey bagi aku.


Lepas ni kalau datang lagi ke Janda Baik, mungkin aku akan datang lagi kat sini. Memang puas hati kalau siapa-siapa yang nak cari ketenangan. Sampai sekarang aku asyik teringat kolam tu sebab banyak kali kut aku main flying fox sampai sakit satu badan. Hahahaha.. For those yang tercari-cari tempat yang sesuai untuk bercuti kat Janda Baik, aku recommend pergi sini 😊😊😊 

Tuesday, August 1, 2017

MENCARI KEKUATAN

Posted by Unknown at 3:25 PM 0 comments
Saat ini, aku masih tak percaya dengan apa yang berlaku dalam hidup aku. Mulanya aku diduga bila aku tak dapat bersama dengan orang yang aku sayang.. Kemudian, aku diduga bila aku dapat tahu yang aku tak boleh mengandung. How sad my life~

Sebenarnya aku tergerak nak buat check up pasal diri aku sebab period aku tak teratur selama 10 tahun. Doktor tanya aku "kenapa dah 10 tahun baru nak buat check up?''. Well, aku tak ada jawapan untuk itu. Aku dah pernah buat 2 kali check up. Actually bukan check up sebenar pun. More to get consultation from doctor. First check up, doktor just tanya problem aku, and terus bagi vitamin. Lepas tu aku pergi klinik pakar wanita untuk second check up. by the way, ini klinik lain pula aku pergi. Doktor just buat ultrasound and komen yang rahim aku still ok. Aku masih ingat lagi, keadaan rahim aku masa scan tu. Dia pun bagi aku macam pil untuk hormon kut. Aku pun tak ingat sebab benda ni dah lama dah.

Third check up, iaitu hari Selasa lepas, aku tergerak nak pergi check up. Aku terus pergi  hospital kat seksyen 13, Shah Alam. Aku beranikan diri pergi check up sebab aku nak tahu punca sebenar. Mula-mula, doktor yang check aku terkejut, kenapa dah lama sangat baru nak buat check up. Sekali lagi, aku tak tahu nak jawab. Mungkin sebab aku dah kerja, aku ada duit sikit nak pergi check up kat specialist berbanding hospital awam. Bukan nak pertikaikan hospital awam, tapi sebab aku jenis yang tak boleh sabar, so better pergi private. Doktor buat ultrasound and tengok rahim aku kecil. Aku terkejut sebab masa second check up rahim aku masih normal. Then, doktor suggest buat blood test untuk tahu masalah aku. Mungkin sebab hormon atau perkara lain. Lepas ambil blood test, aku kena datang hari Jumaat untuk second appointment. Second appointment tu, untuk ambil result blood test and further scan sebab macam first scan tak jelas sangat rahim and doktor pun tak nak jump conclusion selagi tak buat blood test. Ok, aku setuju, and datang balik hari Jumaat.

Hari Jumaat. Aku dinasihatkan untuk minum air banyak-banyak untuk buat scan. 2 kali juga la aku asyik terkencing. Mana tahan. Lagipun masa tu memang ramai sangat orang. Aku sabar tunggu, tak henti berdoa supaya tak ada benda serius. Kemudian, nama aku dipanggil. Terus masuk bilik no.10 untuk buat scan. Masa scan hati aku berdebar-debar dah tunggu komen dari doktor. Jantung aku macam nak gugur bila doktor cakap kemungkinan aku tak boleh mengandung. Masa tu juga aku menangis. Serius, memang sedih sangat-sangat. Blood test pun menunjukkan hormon aku sikit, susah nak hasilkan telur and kemungkinan besar, aku memang tak boleh mengandung lepas kahwin.

Hanya tuhan je yang tahu macam mana hancurnya hati aku lepas dapat tahu. Doktor ada bagi kata-kata nasihat, mungkin sebab dia tengok aku teruk menangis. Dia bagi aku kata-kata motivasi sebab aku belum berkahwin, macam mana kalau pasangan aku tak boleh nak terima aku seadanya. Semua benda tu aku fikir. Masa tu memang aku serabut gila. Semua whatsapp, call yang masuk aku tak layan. Aku tertekan masa tu tapi doktor kat situ baik. Dia tahu aku tak boleh nak terima kenyataan. Dia bagi aku semangat, semua ni ada hikmah dari Allah. Sekarang Allah tarik nikmat itu, tapi Allah tak kejam. Allah akan beri something yang lebih baik untuk aku.

Petang. Aku cerita semuanya kat mak aku. Aku tahu dia sedih, tapi dia suruh aku berdoa banyak-banyak. Dia nasihatkan aku jangan sedih-sedih lagi. Ada yang terbaik untuk aku nanti. Aku pergi Tanjung Harapan, duduk kat tepi laut tu. Sejam lebih aku menangis..  Bila aku dah tenang sikit, malam tu baru aku call abah aku. Hati parents mana tak risau kalau anak sendiri sedih macam ni. Semua yang abah aku cakap semua betul. Tak semestinya kehidupan  kita berakhir...hancur..musnah. Allah maha kuasa. Ada hikmah semua ini. Jalani kehidupan macam biasa. Yang penting tabahkan hati, sentiasa berdoa pada Allah, solat jangan tinggal and percaya semua qada' dan qadar. Hidup perlu diteruskan.

Sampai sekarang, aku masih belajar untuk menerima semua yg berlaku atas diri aku. Bukan mudah pada mulanya aku nak terima, tapi life must go on. Think positive, aku percaya ada hikmah semua ini. Saat ini pun aku dapat rasa aku ada satu kekuatan untuk teruskan kehidupan. Aku jadi lebih berani, aku tak kisah dah pandangan orang lain pasal diri aku. Happykan diri dengan perkara-perkara yang positive. Aku percaya Allah itu maha kuasa, maha penyayang. Dia takkan tinggalkan hambaNya keseorangan..kesedihan. Kepada yang senasib dengan aku, jangan bersedih lagi. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita dan sentiasa bersangka baik pada Nya. InsyaAllah..

Credit: alwanizolkifli@cikgaram


Sunday, March 8, 2015

EMPTY TITLE #2

Posted by Unknown at 6:11 PM 0 comments
hahaha.. sekali lagi aku tak tau nak letak tajuk apa.. So anggap la ni yang edisi ke-2 aku tak letak tajuk entry.. Selalunya lah kan, orang yang nak menulis ke mengarang ke mesti ada idea kan..kan..kan.. Lagi2 bila ada macam suasana yang mendamaikan..konon2 tengah ada kat tepi pantai ke.. Tapi lain pula dengan aku..masa aku tangah menaip ni, cuaca panas terik..berpeluh2 dahi padahal kipas depan muka ni..heheehe (boleh pula mood macam ni datang)

okey2..sebenarnya aku tengah pening nak cari kerja. Lepas habis konvo, aku terus kerja dengan Volvo Malaysia, tapi sebagai contract worker. Sepatutnya 6 bulan je contract aku, tapi manager extend lagi sebulan sebab kebetulan masa tu dah hujung tahun. So, memang banyak kerja la nak settle lagi2 nak closing for end of the year. Start bulan 1 aku dah menganggur balik. Sampai sekarang aku still mencari kerja.. Memang banyak dah interview aku pergi, tapi mungkin belum ada rezeki aku lagi buat masa ini.. Tak apalah, aku tak kisah..sebab aku fikir mungkin akan ada better offer untuk aku.. Rezeki Allah kita tak tahu kan..

Bila duk pening nak cari kerja, satu lagi masalah aku sebab tahun ni berderet-deret la member2 aku nak kahwin.. Biasalah umur 25 macam kami ni memang waktu berumah tangga. Pening ooi sebab nak beli hadiah (masa aku menganggur la korang kahwin kan..masa aku kerja tak nak kahwin.. pening nak beli hadiah tau tak..hehehe) Lagi satu yang buat aku pening sebab kenduri berderet2 tiap minggu..Kalau lah badan ni boleh belah 2, dah lama aku belah pergi semua kenduri..huhuhu
Siapa tak nak pergi kenduri member2 kan? Lagi2 dapat jumpa kawan lama..Memang meriah sangat, sampai lenguh mulut ni kalau dah borak2. Macam2 cerita dikongsi sampaikan hal jodoh aku mesti cerita juga.. Haihh, sabar ye kawan2..mungkin tahun ni aku tak dapat nak masuk 'batch kawin 2015'  sebab sekarang ni pun aku masih dalam proses mencari cinta..cewah! Harapan mestilah ada..Siapa tak nak kahwin kan..semua tu impian semua orang, tapi itu semua jodoh.. Sampai masanya bila Allah dah tetapkan jodoh kita, maka kahwinlah kamu..haaa


**proses pemulihan & pencarian cinta.. (sampai bilo la tu..aiyooo)

Wednesday, February 18, 2015

EMPTY TITLE #1

Posted by Unknown at 11:52 PM 0 comments
Masa aku tengah taip entry baru aku ni, aku still tak letak lagi tajuk entry aku.. Terus pening kepala aku sebab nak memikirkan tajuk entry yang sesuai..haha, padahal aku nak membebel sorang2 je kat sini..Konon nak bagi tajuk gempak, last2 aku asyik tekan <- backspace je..hehe
Beria nak taip ni tapi spek aku tah mana hilang..Aku ni jenis malas pakai spek, cepat rimas..tapi tak sedar2 diri sendiri tu rabun..eee, rimas.. Tahan je la kejap mata ni sebab mood nak taip tengah membuak-buak..cewah! (padahal selama ni memamg pemalas).. 

Apa yang membuatkan aku ni teringin nak update entry baru sebab tiba2 aku teringat ada satu drama tu..Aku tak nak mention cerita apa..siapa pelakonnya..or whateverrrrr...tapi aku teringat ada satu quote yang aku rasa memang kena dengan aku n mungkin juga dengan orang lain..Aku translate BM bagi faham (ni ikut pemahaman aku ye)...hehe


"Kehidupan kita ni macam bateri jam. Jam sentiasa bergerak dan takkan berputar kembali. Kalau mahu terus bergerak kehadapan, bateri jam harus ditukar. Bila bateri habis tanpa ditukar, ibarat kita masih lagi berada di situ sedangkan orang lain sudah jauh bergerak meninggalkan kita"


Haa..lebih kurang macam tu la maksudnya..Ini ikut apa yang aku faham melalui drama tu..Kalau nak diikutkan memang logic pun maksudnya..Kita still lagi stuck kat satu tempat sedangkan orang lain dah jauh kehadapan..Kita mahu berada kat tempat tu sedangkan kita tahu sudah sampai masanya kita "tukar bateri" dalam erti kata lain MOVE ON. "Bateri" kena cepat tukar sebab kalau dibiarkan lama-lama boleh 'berkarat'.. adussss.. maksud tersirat dia mendalam betuuiii.. hmm.. Aku memang jenis yang akan stuck untuk jangka masa yang lama..Aku tak boleh kalau ada perkara yang ada kaitan dengan kisah silam dulu..Nanti mula la hilang semangat "move on" tu.. Sedangkan orang sekeliling aku terus maju ke depan, tapi aku still lagi kat situ, lepas tu duk teringat kenangan lalu.. Payah sebenarnya nak jaga hati sendiri dari jaga hati orang lain..Kalau dah rabak tu memang susah nak betulkan balik.. =.=


**ada banyak jenis bateri, tapi aku nak bateri yang boleh cas semula..Boleh pakai lagi, tak payah nak buang kan kan kan..huhu

Tuesday, February 3, 2015

BAHAGIA PADA KITA?

Posted by Unknown at 12:24 AM 0 comments
terdetik hati sebenarnya nak buka blog yang lama ditinggalkan ni.. lebih setahun rupanya aku tak update entry.. tak tahu pun nak update apa sebenarnya.. kalau ada mood nak update, barulah aku jenguk blog aku yang dah usang ni.. huhu

dah berlalu pun tahun 2014, macam-macam perkara dah berlaku untuk tahun itu.. pahit, manis, suka, duka... semua aku rasa.. berakhirnya pengajian aku di UiTM Shah Alam pada awal tahun 2014 setelah berhempas pulas nak habiskan pengajian yang pada aku memang perit ( pecah pale otak ooii siapkan fyp..huhu ) lepas tu dengan konvokesyen aku ( kenangan manis pada masa tu, tapi menjadi kenangan pahit untuk selama-lamanya.. kalau boleh tak nak ingat, n pastu nak konvo balik sebab nak cipta kenangan baru..macam boleh je..hakhakhak ) lepas konvo aku diterima bekerja 2 hari lepas konvo (rezeki aku masa tu) n penghujung 2014 lebih banyak kenangan pahit dari manis.. lebih banyak derita dari gembira.. lebih banyak lara dari suka.. hmm =(

aku ni jenis memerhati, aku suka observe n then aku wat penilaian based on apa yang aku nampak.. mostly aku suka perhatikan orang.. bila aku dah banyak tahu pasal orang tu baru aku buat penilaian sendiri.. tapi tak bermakna aku judge orang tu jahat atau baik.. just untuk pendapat aku sendiri je.. aku pernah tanya mak aku, bila aku boleh capai kebahagiaan yang aku nak..?? mak aku hanya pesan satu je.. DOA.. jangan putus asa minta pada Allah, Allah dengar apa yang kita rasa, apa yang kita mahu.. even aku menangis, meraung depan mak aku sebab ketidakadilan kisah hidup aku..mak tetap cakap kat aku yang kita kena DOA.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

bahagia pada orang lain mungkin dapat bersama dengan orang tersayang.. bahagia dapat anak yang soleh dan solehah, bahagia dapat mencapai kejayaaan dalam hidup.. cuma definisi bahagia tu pelbagai.. walau dalam bentuk kecil sekali pun, seseorang tu dah bahagia.. setiap hari aku menginginkan kebahagian yang aku nak.. kebahagian bagi aku bila hati ni rasa tenang, mudah memaafkan n nak didik hati aku ni supaya cepat redha dengan ketentuan.. jujur aku cakap, aku cemburu tengok orang sekeliling aku bahagia sedangkan aku masih lagi mencari-cari kebahagian yang dijanjikan dari Allah kepada aku.. aku bersyukur dengan apa yang ada walaupun apa yang aku nak belum lagi tercapai.. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku.. apa yang perlu untuk aku.. aku cepat rasa bahagia walaupun aku mampu buat budak kecil senyum dengan aku.. tapi aku masih belum dapat mencari kebahagian yang aku inginkan..bahagiakah aku selama ini??

**semoga hati yang dah hancur berkecai ini bercantum semula.. 

Tuesday, January 28, 2014

::::JARINGAN KOMUNIKASI (WHATSAPP, WECHAT, LINE)::::

Posted by Unknown at 7:45 PM 0 comments
Ambooiii.. tajuk entry yang sangat serius pernah aku buat sepanjang aku jadi blogger.. 'Jaringan Komunikasi' (walawehhh) hehehe.. Ala, saja je aku buat tajuk macam tu. Biar nampak nerd sikit. kihkikhihkih.. Apa yang aku nak cerita ni pun sebenarnya memang selalu berlaku kat kita. Lebih-lebih lagi zaman 'smartphone' ni kan. Mana-mana pergi semua duk ngadap phone masing-masing. Kusyuk habis, tak pandang kiri kanan. Kalau aku jerit "woi! Aaron Aziz kat depan tu la", takkan ada yang toleh punya. Lagi-lagi sekarang ni terlampau banyak sangat aplikasi yang pengguna boleh download. Bak kata orang, kalau tak ada aplikasi yang popular dalam phone kamu semua, memang ketinggalan la kamu..

Aku ni kira agak lambat jugalah nak adapt 'mende alah' macam ni. Orang lain dah pakai lama smartphone, aku baru terkial-kial nak kumpul duit beli phone baru. Itu pun aku beli sebab E5 aku merajuk dengan aku.. Haa! phone aku tu entah-entah tak ada lagi orang nak pakai. Lagi-lagi sekarang ni semua orang fokus pada phone Samsung dengan iPhone. Mana lagi dah orang nak pandang Nokia beb! kalau ada pun, orang buat phone tu untuk nombor kedua (macam aku) hehe.. Tapi secara jujurnya, aku ni bukan la peminat tegar pada smartphone.. Janji boleh call dengan mesej. Yang tu pun masalah juga, sekarang ni pun nak call ke mesej ke semua guna aplikasi.. Janji ade internet je, semua free tak ada cas.. Haa..kalau aku sorang je yang pakai phone 'cikai' tak ada siapa la nak mesej aku..

Sekarang ni macam-macam aplikasi kita boleh guna untuk berkomunikasi dengan orang. Bagi aku memang bagus sebab mudah pengguna nak berkomunikasi dengan kawan-kawan, keluarga atau dengan rakan sekerja. Selalunya aplikasi komunikasi macam Whatsapp, Wechat atau LINE memang digemari ramai sebab FREE (hahaha..siapa tak suka benda free, ye dokk ) Tapi kalau guna wifi, memang la free. Kalau tak ada, guna je pelan internet tu (itupun kalau dah terdesak sangat). 3 aplikasi yang aku mention kat atas tu memang aku selalu guna. Lagi-lagi kat rumah ada wifi, memang phone tak lepas kat tangan je la..hehehe. Whatsapp merupakan first application yang aku download..hahaha.. Bengkak pula hati aku ni bila aku tengok kawan-kawan aku duk "watsep" je (sebenarnya tak ada sebab pun nak bengkak) Mana aci kan aku pun nak juga try (gedik je, padahal boleh je mesej biasa). Memang best sebenarnya guna Whatsapp ni sebab pengguna boleh berkomunikasi dengan cara yang lebih cepat. Lagi-lagi sekarang ni Whatsapp boleh chat by group. Memang tak menang tangan asyik balas mesej group. Belum sempat aku nak balas, kawan yang lain dah menyampuk. Bagusnya aplikasi ni, kita boleh tau bila pengguna tu online. Senang cerita kat atas tu ada tulis "Last seen". Haa...bagi aku part "Last seen" tu macam tak best sikit, sebab kamu semua tak boleh nak tipu orang yang duk intip masa kamu. Selalunya pasangan bercinta dengan suami isteri akan hadapi masalah macam ni.. (haa..lantak la) "Kau cakap kau sibuk, tapi ada masa pula nak whatsapp":::"eh, online plak dia, tapi kenapa tak mesej aku" Perkara biasa la tu kalau siapa-siapa yang guna aplikasi macam ni. So, bagi aku ini mungkin kelemahannya.

Wechat pun best juga bagi golongan-golongan bujang, kesepian, yang tengah frust dan nak mencari pasangan. Wechat ni famous sebab ada option "Look around". Kita boleh search orang yang berdekatan dengan kita dan boleh request friend. Kebiasaannya wechat ni untuk orang yang mencari teman. Honestly, aku pernah "look around" dua kali je (betul tak tipu). Lepas tu aku stop dah..hehehe.Aku ni jenis takut nak kawan orang yang tak dikenali ramai-ramai.. Tak pasal-pasal membahayakan keselamatan diri sendiri (wah..ayat aku..tak boleh blah). Tapi yang tak best pasal wechat ni sebab, kita tak dapat notification kalau ada yang bagi komen kat "Moment". Notification akan berbunyi bila ada mesej masuk je. Bagi aku itu kelemahan yang provider wechat kena improve.

LINE ni kalau tak silap aku dari Jepun Korea (maaf kalau tersalah informasi). Aplikasi ni macam KAKAO TALK je. Cuma yang lain dari segi stiker, itu je yang membezakan antara 2 aplikasi ni. Stiker LINE sangatlah comel sampaikan tak payah taip mesej pun, just bagi stiker je, dah boleh faham..senang kan?? Aku selalu guna LINE ni bila nak call orang je sebab FREE..hahahaha..(jimat kredit aku) Lagi satu, pengguna boleh pastikan mesej tu sampai ke pada orang dengan melihat tanda "read" kat mesej tu. Kalau dah ada tanda "read" tu maknanya mesej kamu dah sampai dan orang tu dah baca mesej kamu. Cuma sakit hati sikit kalau dah ada perkataan "read" tapi orang tu tak balas balik mesej kamu (uurghh..sakitnya hati) Mula la macam-macam andaian yang timbul nanti. Senang cerita boleh mencetuskan salah faham. Apa-apa pun terpulang pada pengguna yang guna aplikasi ni. Seelok-eloknya, gunalah dengan berhemah.. yang penting guna untuk kebaikan..Bukan guna untuk cari penyakit. =)

Saturday, January 25, 2014

::::AKU YANG BARU::::

Posted by Unknown at 10:40 PM 0 comments
Sekali lagi aku buat blog baru..Hehehe..Memang kerja aku ni duk tukar-tukar blog je..Kalau dah rasa tak best tu, aku g delete..Menyesal plak aku g delete yang lama tu..Banyak follower kut..(poyo je). Blog yang baru ni aku tak tahu la dapat bertahan sampai bila. Harap-harap lama la..(boleh masuk list dalam azam aku tahun ni) hehehe.. Insyaallah, blog yang ni aku limitkan dari 'mengarut-mengerat' (hancur BM aku). Aku akan lebihkan pengisian informasi dari pandangan seorang muslimah rocker macam aku ni (okey, yang tu agak over skit description tu). Semoga blog ini terus bertahan.. Jeayeaaahhh!!
 

tHe PAtH Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea